Assalamualaikum ....
ehem ehem , jub jub betulkan anak tekak
Hai SPM candidates & ex-SPM candidates sekalian!
Bagi yang dah jadi ex ex sekolah ke ex ex spm ke , busy mencari rezeki ea abang abang and puan puan .Aku ?? Alhamdullilah diterima masuk ke giatmara untuk isi masa senggang sementara tunggu result spm 12.3.2013. Ya allah , berdebar mak
Amacam SPM korang setakat ni??ok ke tidokkk uollas?hehe
Aku harap korang De best kan sebab SPM ni merupakan salah satu jalan untuk menentukan masa depan korang..so mesti ramai nak belajar sampai menara gading kan
But !!!
ISI DAHULU BORANG UPU!!!
Jangan dilupa ea .
Apa kemendeee tooo??tak tahu apa itu upu?? nak isi??kat mana Cammnenak dapat borang tu???
Ok2..banyak betul la soalan korang ni..meh Clik Clik SINI !!!
Disitu ada jawapan-jawapan yang perlu korang tahu..bila tarikh boleh isi?bila tarikh tutup kemas kini?macam mana nak isi?kat mana kena isi?
So....skodeng skodeng la link yang aku bagi tu :) Tulis dekat reminder phone ea tarikh tarikh penting
The most important before isi form ialah :
BELI NO ID UPU DEKAT BSN YANG BERDEKATAN!!!
Weyh apa benda BSN too
Ni memang nak kena lempang ni BANK SIMPANAN NASIONAL laaakekawan
Mungkin sesetengah sekolah uruskan pembelian no ID. korang akan diminta bayar RM10 (kalau tak silap aku) dekat guru kaunseling..PEKA ya dalam apa jua pengumuman! Jangan LEKA!!UNTUK PELAJAR SMKAM CIKGU TAK AKAN BELIKAN OKE PAHAM UNDERSTAND ?? GOOD
Kak, kalau dah beli nak buat pemenda pula dengan pin UPU too dah la sepuluh ringgit beli topap baik ???
Ish ish , korang niat too biar ikhlas jgn terpaksa ea ,(sampai terbersin aku menaip)
First.tuan tuan rajin rajin la buka website upu...then..then..then.. takan pandang jer kan isilaa ea apa baca lagi blog i .isi lah!
Kat form tu korang perlu isi macam-macam lah..tpaling penting korang kena pilih kos-kos dan universiti-universiti yang korang layak bukan impikan sebab ada senior sekolah aku ni ambil kos yang nak masuk tapi tak layak so , hmm hampeh tak dapat lee, shhh pengajaran untuk aku juga..aku jamin la korang sure pening giler nak isi lebih-lebih kos nak pilih..memang banyak gilerrr..and kalau salah pilih,alamatnya bye bye
Tapi jangan risau yetuan tuan puan puan.kat sini makkkk nak bagi Tips on how to choose
Tips Tips :
-Bagi umat Islam, aku galakkan korang buat solat istikharah terlebih dahulu supaya Allah memberikan pertunjuk agar membuat pilihan yang terbaik kelak..Ingat allah sentiasa bersama umat yang mengingatinya
-Tanyalah pendapat ibu bapa terlebih dahulu..because keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..kalau aku, parents aku kena tanya ,lautak bincang memang merajukla
-Mintalah pendapat guru kaunseling di sekolah anda yeee..kalau korang ada ragu-ragu tentang sesuatu
atau ada sebarang kemusykilan tentang borang tu, tanya la guru kaunseling ye..takut salah isi nanti..
tetapi untuk yang tak baik dengan kaunseling , mesti ada sepupu ke , kekawan ke , ehem ehem aku tahu apa yang korang pker nak tanya sape gf and bf tersayang laa too . tak kisahlaa but ingat batasan agama
-Fikirkan apa kelebihan dan kekurangan korang dalam bidang-bidang tertentu..kalau korang dah nekad dengan keputusan korang..go ahead..jangan malu-malu..
-Untuk pengetahuan korang, dalam borang tu korang kena isi lebih kurang 8 kos and universiti pilihan korang (kalau tak silap aku la..kalau salah harap maaf ye)..so fikir baik-baik..
-Isilah kos yang korang paling minat ikut ranking yeee...jangan terbalik pula..
Psstt ni ada tip masa aku apply giatmara dulu tiga tiga aku isi kos yang sama , so alhamdullilah dapat :)
-Kalau boleh aku nasihatkan korang gkemaskini sebaik-baik maybe sebab mungkin korang akan berubah fikiran dari masa ke semasa..
-Sentiasalah berdoa agar dan bertawakallah sepenuhnya kepada Allah :)
Insyaallah ini pengingatan bagi aku juga
Amacam?? Ok ke tidokk ?? Harap dapat lah bantu korang yeee..
Jub jangan blah dulu!!! Sebenarnya ada lagi aku nak share ni.. Maybe ada lagi dalam kalangan korang still tak tahu atau tidak faham apa itu ASASI, TAHMIDI,DIPLOMA yang ada dalam form tu..mungkin korang akan tertanya-tanya apa kebendee beza ketiga-tiga benda alah tu??? Aku pon sama gak macam korang . But aku rajin menaya dekat pakcik google and makcik yahoo .
Ok first APA ITU ASASI ?? :
Sebenarnya program asasi ni seperti program matrikulasi yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..tapi apa yang membezakan asasi dan matrikulasi ialah asasi dikendalikan oleh universiti-universiti tertentu..Kebiasaannya pelajar yang terpilih untuk ke program asasi ialah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam keputusan SPM dan berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu..Asasi ada di beberapa universiti sahaja seperti UIAM , UM, UNIMAS, UITM & UPNM..Kalau UM & UNIMAS ada sikit choices untuk kos kalau tak silap aku..sains hayat & sains fizikal kot kalau tak silap.. Tapi UIAM & UITM memang banyak pilihan asasi..Kalau UIAM, ada program asasi untuk medic, engineering, dentistry, pharmacy, physical sc, bio sc, law, architecture, nursing, islamic revealed knowledge, economics, arabic language, english, dan banyak lagi lah..yang paling penting kalau korang pilih UIAM or UNIMAS( UNIMAS ni aku tak sure sangat) korang InsyaAllah confirm-confirm ada tempat untuk ke main campus UIAM untuk degree (ijazah) nanti..so tak payah susah-susah isi upu lagi lepas asasi nanti dan tak perlu bersaing dengan pelajar lepasan STPM ,asasi, dan matrikulasi yang lain untuk menempatkan diri ke universiti.. Tapi yang paling penting korang kena pandai-pandailah jaga pointer yee..
Kebanyakan asasi ni setahun..tapi kalau UIAM ada untuk setahun, setahun setengah, atau 2 tahun..semua ni depends on korang punye result exam english placement test & arabic placement test masa minggu orientasi..tapi untuk siapa-siapa yang tiada basic arab langsung, jangan risau korang akan diajar :) best tau dapat belajar bahasa arab ni...ramai je yang tak pernah belajar bahasa arab tetap pilih UIAM..
Kalau korang betul-betul nak asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)..korang mesti kuat dari segi mental dan fizikal.. aku pernah dapat tawaran untuk menghadiri temuduga asasi UPNM ni..tapi aku tak pergi..hehehe..temuduganya dibuat ni kem-kem tentera..dan menguji fizikal korang..memang mantap la..dah nama pun universiti pertahanan..ye tak???
Kalau UM dan UITM, lepas korang asasi..korang kena isi upu balik dan pilihlah kos yang korang suka dan bersesuaian dengan apa yang korang dah belajar :D
TAHMIDI :
Wait!!! Weyh ALIah ? Apa itu Tahmidi ? Apa itu tahmidi??? and apa itu tahmidi ?? Tahmidi ni hanya ada di Universiti Sains Islam Malaysia... Tahmidi ini merupakan istilah bahasa arab yang bermaksud persediaan..sama je lah macam asasi or matrikulasi..Tahmidi ni sebenarnya lebih terbuka kepada pelajar lepasan sains agama dari sekolah sebab program ini amat mementingkan bahasa arab..banyak juga pilihan asasi yang ditawarkan...tinjau-tinjau la ye di borang upu anda nanti :D
(Dalam bahasa yang lebih mudah asasi merupakan shortcut untuk sambung degree)
DIPLOMA :
Korang mesti selalu dengar kan istilah diploma ni??? Diploma niapa yang aku idam idamkan..kalau ambil diploma korang akan dapat sijil dan laku kalau nak cari kerja..tapi kalau asasi atau matrikulasi, tak boleh nak cari kerja,,sebab tu lah pelajar asasi atau matrikulasi perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah...Diploma ni mengambil masa 3 tahun untuk graduate.. Banyak juga kos yang ditawarkan..lepas diploma korang boleh sambung ijazah cuma faktor masa yang membezakan antara diploma dan asasi...diploma memerlukan lebih banyak masa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..Tapi aku yakin kalau korang dah nekad..semua benda boleh..InsyaAllah anda boleh!!!
Yang paling penting korang kena pilih betul-betul kos apa korang nak untuk diploma ni..jangan menyesal nanti...tanya dahulu pendapat ibu bapa dan guru..
n penting solat ea
Ok???Lenguh-lenguh dah jari runcing i ni.. Selamat kuku i pendek lau tak memang calar balar kuku aku manaip or maybe patah kot.. wakaaka Kalau ada soalan jangan malu-malu pula ye nak tanya..selain daripada universti..korang boleh juga isi form untuk program pensijilan di institusi yang terpilih dekat dalam borang upu tu juga..
Tetapi bagi aku , aku terus terang aku target UNIKL under mara , n UITM . Aku tak mahu menyusahkan my parents untuk masuk swasta . Lagi pun semenjak aku belajar dekat GIATMARA , banyak aku belajar tentang program program under MARA , ya allah banyak kelebihan kepada anak anak melayu , so get up and catch the peluang !!
Yang paling penting...amalkanlah tips yang aku bagi tu dan peka kepada isu semasa...jangan leka dan tak ambil tahu..nanti melepas~
Insyaallah next post i kongsi informasi tentang GIATMARA .
tamhidi la dik, bkn tahmidi~
ReplyDeleteerm.how interesting awak punya isi sebiji2 dengan alkisahanakadam.blogspot. dah lahh ayat pon sama.seryesly? haha,kot ye pon nak ciplak apa kata tukar dulu sikit2. there is no need to duplicate others' hardwork to catch the viewers attention.
ReplyDeleteblogger copypaste ni. hahaha.
ReplyDeletebwt malu jer...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI can'n undestand..
ReplyDeleteByk meroyan,, nie mesti mabuk smbil taip.
ReplyDeleteMerapu je owner website ni
ReplyDeleteSir my grades are not good enough so.i retake am APM candidate 2020 so I just wanna know after I took my retake and get my results is it best to apply for form 6 or go for foundation coz am I interested to go for law course will u give yr guide
ReplyDelete